the curious case of iqbal rifasha

Just another WordPress.com weblog

tanda + sepuluh = saya

saya telah ditanda oleh dua orang rakan yang bernama Ardi & Aida. jadi saya terpaksa buat juga tanpa kerelaan. oh ya-ini juga kemasukan Bahasa Melayu saya yang pertama didalam belog ini. minta tunjuk ajar ya~!

award1. copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:

ardi

  1.  selalu memberi saya mencuri gambar-gambar anak saudaranya yang comel-comel. (kadangkala tanpa disedarinya juga saya curi)
  2. apabila saya memasuki kelas Bahasa Inggeris Tingkat 4 di Matrikulasi UIA, saya ingatkan dia seorang Cina.
  3. mempunyai ramai peminat dari golongan wanita, tetapi apabila saya minta seorang, dia tidak mahu beri.
  4. tanya sahaja nama Ardi di KAED, semua orang akan kenal kerana beliau dikenali ramai. (mungkin banyak masalah disiplin agaknya)
  5. dia juga adalah salah seorang yang menyokong industri muzik tempatan Malaysia, walaupun dia berasal dari Mozambique.

aida

  1. mampu bercakap pada kelajuan 110km/j yakni bersamaan dengan had laju lebuhraya PLUS. (tapi dia hanya boleh bawa kereta auto)
  2. dia sangat menyukai Micheal Jackson tetapi tidak tahu yang Micheal Jackson itu tidak mengenali dia pun. 
  3. saya pernah meminta cerita Meet Joe Black daripadanya, tetapi dia tidak mahu beri pinjam langsung. 
  4. saya rasa dia seorang yang pandai dan panas tetapi apabila dia pergi belajar di Australia, dia menjadi seorang yang pendek.
  5. dia amat bangga menjadi orang Kuantan tetapi saya tidak tahu pula adakah Kuantan bangga dengan penduduk seperti dia.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:

iqbal

 

  1. saya menyukai bolasepak dan menyokong pasukan Arsenal dan bercita-cita ingin menjadi pembantu Arsene Wenger.
  2. saya menyukai Yunalis Zarai kerana suara dia sangat sedap dan saya dapati perempuan bermain gitar adalah sangat sejuk.
  3. telefon bimbit saya masih rosak dan saya masih tidak tahu telefon bimbit apa yang harus saya beli. 
  4. saya sangat suka menonton cerita di wayang atau DVD dan tidak gemar apabila seseorang mengambil DVD saya tanpa pengetahuan saya.
  5. 9 orang daripada 10 orang yang baru saya jumpa akan cakap saya berketurunan Arab walaupun saya berketurunan Jepun dan Sepanyol.
  6. saya menyukai pelakon Edward Norton, tetapi tahukah anda bahawa Edward Norton bukanlah pencipta Norton anti-virus?
  7. emak saya mahu saya berkahwin pada umur 27 tahun tetapi saya belum pasti tentang itu sebab sekarang saya baru berumur 24 tahun
  8. jikalau anda masih keliru tentang siri televisyen ‘LOST’, anda boleh bertanya dengan saya sebab saya sangat hebat tentang ‘LOST’.
  9. saya mendapati yang saya suka mengajar, terutama sekali mengajar grafik dan rekabentuk daripada peringkat asas hingga peringkat graduasi.
  10. tiba-tiba saya teringin makan sushi, jadi esok saya bercadang ingin makan sushi setelah selesai menonton Angels & Demons di KLCC.

 

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:

apa?sepuluh orang?  begini sajalah-kepada sesiapa yang membaca kemasukan ‘tanda + sepuluh = saya’  ini, anda telah di tanda! sila pastikan anda lakukan perkara yang sama ya~ha itulah, baca lagi, kan sudah kena~ v^_^v

4 Comments»

  the stalker wrote @

No.5 ialah tipu. Mane ade awak berketurunan Jepun mahupun Sepanyol. Saye amat yakin.

p/s: Eh sy tak bg ke Meet Joe Black? Haha. Tak ingat. Senarnye dah ilang kot. Nway thanks ckp I pandai n panas! :p.. pendek takyah la mention ok.

  demon_cute wrote @

bahasa melayu awak sangat bagus…saya amat meminati blog awak…awak pandai membuat lawak dalam penulisan.muadah difahami… “beri atas kerja yang bagus”

  rifasha wrote @

ah~terima kasih..tetapi saya ada satu soalan, apa itu muadah?wakakaka~

  yanafarhana wrote @

muadah adalah mudah yang di wadah kan….wek wek…


Leave a comment